Saturday, May 28, 2011

ha ?????????????

www.tips-fb.com
Malaysia halalkan pornografi?
Mohd Azmi Abdul Hamid

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) mencadangkan setelah lebih sebulan tiga orang yang menggelar diri mereka Datuk T tidak didakwa, padahal sudah sangat jelas dan terang mereka mengaku melakukan kesalahan yang melanggarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, maka lebih baik peraturan ini dibubarkan sahaja.
Jelas bila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara terus berlengah-lengah dan tidak mendakwa Datuk T, negara ini termasuk dalam senarai negara yang menghalalkan pornografi seperti di kebanyakan negara Barat.
TERAS berpendapat bukan sahaja pihak berkuasa nampaknya maseh teragak-agak untuk bertindak malah lebih parah lagi terus melindungi Datuk T, maka Malaysia kini sudah menjadi sebuah negara yang menghalalkan perlakuan tidak bermoral.
Malah bertambah berat lagi media dibenarkan menyiarkan serta menayang klip video lucah itu secara terbuka dan berulang kali disiarkan tanpa apa-apa tindakan diambil.

TERAS merasa sangat kesal dan membantah sekeras-kerasnya sikap kerajaan yang nyata dan terus terang double standard dalam isu video seks ini.

Oleh kerana itu wajar rakyat menzahirkan kemarahan mereka terhadap pihak berkuasa PDRM, Jabatan Peguam Negara, jabatan agama Islam, media dan terhadap seluruh jemaah menteri yang mengkhianati amanah untuk menjaga rakyat dari terjerumus dalam kepincangan akhlakdan politik kotor serta jahat.
Jika undang-undang yang jelas tidak mahu digunapakai untuk mengadili mereka yang melakukan kesalahan, maka TERAS berpendapat lebih baik digugur sahaja undang-undang tersebut sekaligus dibatalkan bidangkuasa agensi yang berkaitan.

'Mahkamah media'
Adalah sangat memalukan dan mengaibkan sebagai sebuah negara yang telah merdeka 53 tahun, institusi kehakiman tidak lagi dihormati sebagai pemutus keadilan bila institusi tersebut menjadi perkakas kepada kuasa politik.

Kini 'mahkamah media' diberi ruang sepenuhnya untuk menghukum peribadi yang dianggap musuh kepada kerajaan yang berkuasa.
TERAS mengesa supaya diujudkan suruhanjaya di peringkat parlimen untuk menyemak fungsi agensi penguatkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang yang diluluskan di Parlimen.

Suruhanjaya itu dipertanggungjawabkan melaporkan kembali kepada sidang Parlimen sekaligus akan bertindak sebagai badan pemantau supaya memastikan semua agensi menjalankan fungsinya secara jelas mengikut undang-undang yang dilulus.kan

Sebarang pertikaian hendaklah diadili dimahkamah dalam sistem kehakiman sivil dan syariah yang wujud di negara ini.
Tidak guna diluluskan di Parlimen pelbagai undang-undang jika agensi yang diberi tanggungjawab nampaknya terus berada dibawah telunjuk kuasa eksekutif.

Akibatnya rakyat menjadi mangsa kepada tingkahlaku ahli-ahli politik yang bersekongkol dengan agensi-agensi awam serta media yang berat sebelah, hanya untuk memastikan kuasa politik mereka tidak tergugat.


Untuk pengetahuan umum dan berkongsi cerita

Sunday, May 22, 2011

Kumpul 100,000 ahli sertai BERSIH 9 Julai ini

www.tips-fb.com

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan sekali lagi menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 9 Julai ini bermula jam 2 petang.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.
Beliau berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh BERSIH bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat bersama pada 19 Mei lalu.

"Kami bagi PAS yang duduk dalam jawatankuasa BERSIH bersetuju dengan tarikh tersebut.

"Kami akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai himpunan aman itu, seperti Bersih 1.

"Kita berharap tidak ada gangguan tertentu daripada pihak polis (sewaktu himpunan BERSIH 2)," kata Mohamad dalam sidang medianya hari ini.

bersih rally 271207 03Katanya, tujuan himpunan tersebut diadakan adalah kesinambungan empat tuntutan BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.

Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.
Terlalu singkat

Dua perkara itu adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.
Satu lagi tuntutan adalah melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.

bersih rally 101107 fru water cannon masjid jamek"Kalau di Thailand, mereka mengumumkan untuk mengadakan pada bulan Julai, lebih kurang dua bulan.

"Jadi kita minta tempoh yang munasabah, masa sekarang terlalu singkat," katanya.
Mohamad yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata pihaknya bersedia untuk membantu BERSIH untuk mengerahkan ahlinya untuk turun di seluruh negara.

"Kita yakin, PAS dapat mengerahkan lebih 100 ribu ahli... Lebih besar dan aman untuk mewujudkan suasana demokrasi.

"Kita mahu mengelak kejadian tidak demokrasi seperti di Timur Tengah yang menjadikan jalan raya untuk menukar kerajaan. Kita tidak mahu ini berlaku di Malaysia," katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad.

Dr Hatta berkata butiran terperinci berhubung perhimpunan BERSIH 2 itu akan diumumkan kepada media termasuk tempat, warna tema, dan penyerahan memorandum kepada pihak tertentu.
PAS saja 100 ribu 

Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata PAS yakin dapat menggerakkan rakyat dalam tempoh tujuh minggu dari tarikh himpunan berbanding BERSIH yang pertama yang mengambil masa selama enam bulan.
Ini kerana katanya, "pengalaman lama" sebelum ini mampu untuk menarik ahli dalam masa yang singkat.
"Jumlah 100 ribu dapat dicapai oleh PAS sahaja untuk menarik para penyokong.

"Himpunan di muktamar, kami akan menyedarkan ahli supaya menggerakkan kawasan masing-masing," katanya sambil menambah PAS akan membuat roadshow untuk memobilisasikan ahli-ahlinya ke perhimpunan tersebut.

Katanya, perhimpunan itu juga dijadikan gelanggang bagi membantah undang-undang yang dianggap zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi OSA.

Kamaruzaman yang mewakili Pemuda turut memberi komitmen untuk mengerahkan pemuda mereka menyertai himpunan tersebut.


Untuk pengetahuan umum dan berkongsi cerita

 

aku punya ske © 2008. Design By: SkinCorner