Saturday, July 23, 2011

Bersih: Orang ramai punya hak berhimpun- Suhakam

www.tips-fb.com


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyeru pihak berkuasa supaya membenarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dirancang pada 9 Julai ini.
Tegas Suhakam, orang ramai mempunyai hak berhimpun dan menyuarakan pandangan, seperti mana yang termaktub dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataannya hari ini, susulan usaha kerajaan untuk membatalkan perhimpunan itu.
“Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan  berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.
“Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya,” tegas beliau.
Baru-baru ini, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, tindakan polis melarang perhimpunan bukan sahaja tidak sah,  malah melanggar prinsip perlembagaan.
Umno, melalui media miliknya cuba mengambarkan perhimpunan aman itu bertujuan untuk mengancam dan mengganggu ketenteraman awam- meskipun telah ditegas berulangkali bahawa ia adalah tuntutan rakyat supaya kerajaan melaksanakan pilihan raya bersih dan adil.
Usaha berterusan dilakukan  Umno dan NGO yang dinaunginya seperti Perkasa untuk menghalang himpunan itu, seperti membakar api perkauman, mengirim SMS ugutan dan mengancam penganjur serta peserta perhimpunan aman berkenaan.
Parti pemerintah itu turut memperalatkan polis untuk menahan orang ramai yang menyokong, manakala Kementerian Dalam Negeri mengugut akan menangkap penganjur di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Sehingga kini, seramai 81 telah ditangkap polis hanya kerana memakai T Shirt Bersih,  termasuk ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) dituduh cuba menghidupkan ideologi komunis.
Dalam masa sama, sayap pemuda Umno dan  Perkasa juga mengancam untuk mengadakan perhimpunan yang sama pada tarikh dan tempat perhimpunan Bersih dianjurkan, bertujuan untuk menimbulkan provokasi.
Untuk pengetahuan umum dan berkongsi cerita

Saturday, May 28, 2011

ha ?????????????

www.tips-fb.com
Malaysia halalkan pornografi?
Mohd Azmi Abdul Hamid

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) mencadangkan setelah lebih sebulan tiga orang yang menggelar diri mereka Datuk T tidak didakwa, padahal sudah sangat jelas dan terang mereka mengaku melakukan kesalahan yang melanggarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, maka lebih baik peraturan ini dibubarkan sahaja.
Jelas bila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara terus berlengah-lengah dan tidak mendakwa Datuk T, negara ini termasuk dalam senarai negara yang menghalalkan pornografi seperti di kebanyakan negara Barat.
TERAS berpendapat bukan sahaja pihak berkuasa nampaknya maseh teragak-agak untuk bertindak malah lebih parah lagi terus melindungi Datuk T, maka Malaysia kini sudah menjadi sebuah negara yang menghalalkan perlakuan tidak bermoral.
Malah bertambah berat lagi media dibenarkan menyiarkan serta menayang klip video lucah itu secara terbuka dan berulang kali disiarkan tanpa apa-apa tindakan diambil.

TERAS merasa sangat kesal dan membantah sekeras-kerasnya sikap kerajaan yang nyata dan terus terang double standard dalam isu video seks ini.

Oleh kerana itu wajar rakyat menzahirkan kemarahan mereka terhadap pihak berkuasa PDRM, Jabatan Peguam Negara, jabatan agama Islam, media dan terhadap seluruh jemaah menteri yang mengkhianati amanah untuk menjaga rakyat dari terjerumus dalam kepincangan akhlakdan politik kotor serta jahat.
Jika undang-undang yang jelas tidak mahu digunapakai untuk mengadili mereka yang melakukan kesalahan, maka TERAS berpendapat lebih baik digugur sahaja undang-undang tersebut sekaligus dibatalkan bidangkuasa agensi yang berkaitan.

'Mahkamah media'
Adalah sangat memalukan dan mengaibkan sebagai sebuah negara yang telah merdeka 53 tahun, institusi kehakiman tidak lagi dihormati sebagai pemutus keadilan bila institusi tersebut menjadi perkakas kepada kuasa politik.

Kini 'mahkamah media' diberi ruang sepenuhnya untuk menghukum peribadi yang dianggap musuh kepada kerajaan yang berkuasa.
TERAS mengesa supaya diujudkan suruhanjaya di peringkat parlimen untuk menyemak fungsi agensi penguatkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang yang diluluskan di Parlimen.

Suruhanjaya itu dipertanggungjawabkan melaporkan kembali kepada sidang Parlimen sekaligus akan bertindak sebagai badan pemantau supaya memastikan semua agensi menjalankan fungsinya secara jelas mengikut undang-undang yang dilulus.kan

Sebarang pertikaian hendaklah diadili dimahkamah dalam sistem kehakiman sivil dan syariah yang wujud di negara ini.
Tidak guna diluluskan di Parlimen pelbagai undang-undang jika agensi yang diberi tanggungjawab nampaknya terus berada dibawah telunjuk kuasa eksekutif.

Akibatnya rakyat menjadi mangsa kepada tingkahlaku ahli-ahli politik yang bersekongkol dengan agensi-agensi awam serta media yang berat sebelah, hanya untuk memastikan kuasa politik mereka tidak tergugat.


Untuk pengetahuan umum dan berkongsi cerita

Sunday, May 22, 2011

Kumpul 100,000 ahli sertai BERSIH 9 Julai ini

www.tips-fb.com

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan sekali lagi menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 9 Julai ini bermula jam 2 petang.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.
Beliau berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh BERSIH bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat bersama pada 19 Mei lalu.

"Kami bagi PAS yang duduk dalam jawatankuasa BERSIH bersetuju dengan tarikh tersebut.

"Kami akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai himpunan aman itu, seperti Bersih 1.

"Kita berharap tidak ada gangguan tertentu daripada pihak polis (sewaktu himpunan BERSIH 2)," kata Mohamad dalam sidang medianya hari ini.

bersih rally 271207 03Katanya, tujuan himpunan tersebut diadakan adalah kesinambungan empat tuntutan BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.

Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.
Terlalu singkat

Dua perkara itu adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.
Satu lagi tuntutan adalah melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.

bersih rally 101107 fru water cannon masjid jamek"Kalau di Thailand, mereka mengumumkan untuk mengadakan pada bulan Julai, lebih kurang dua bulan.

"Jadi kita minta tempoh yang munasabah, masa sekarang terlalu singkat," katanya.
Mohamad yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata pihaknya bersedia untuk membantu BERSIH untuk mengerahkan ahlinya untuk turun di seluruh negara.

"Kita yakin, PAS dapat mengerahkan lebih 100 ribu ahli... Lebih besar dan aman untuk mewujudkan suasana demokrasi.

"Kita mahu mengelak kejadian tidak demokrasi seperti di Timur Tengah yang menjadikan jalan raya untuk menukar kerajaan. Kita tidak mahu ini berlaku di Malaysia," katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad.

Dr Hatta berkata butiran terperinci berhubung perhimpunan BERSIH 2 itu akan diumumkan kepada media termasuk tempat, warna tema, dan penyerahan memorandum kepada pihak tertentu.
PAS saja 100 ribu 

Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata PAS yakin dapat menggerakkan rakyat dalam tempoh tujuh minggu dari tarikh himpunan berbanding BERSIH yang pertama yang mengambil masa selama enam bulan.
Ini kerana katanya, "pengalaman lama" sebelum ini mampu untuk menarik ahli dalam masa yang singkat.
"Jumlah 100 ribu dapat dicapai oleh PAS sahaja untuk menarik para penyokong.

"Himpunan di muktamar, kami akan menyedarkan ahli supaya menggerakkan kawasan masing-masing," katanya sambil menambah PAS akan membuat roadshow untuk memobilisasikan ahli-ahlinya ke perhimpunan tersebut.

Katanya, perhimpunan itu juga dijadikan gelanggang bagi membantah undang-undang yang dianggap zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi OSA.

Kamaruzaman yang mewakili Pemuda turut memberi komitmen untuk mengerahkan pemuda mereka menyertai himpunan tersebut.


Untuk pengetahuan umum dan berkongsi cerita

Friday, May 20, 2011

Mahasiswa bersama rakyat bantah Lynas esok

www.tips-fb.com


Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant yang sedang membina kilang pemprosesan nadir bumi di Geneng, Kuantan akan diadakan esok pada jam 2 petang.

NONEPeserta dijadualkan berkumpul di KLCC dan kemudiannya berarak ke Pejabat Suruhanjaya Australia bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada pesuruhjaya tinggi negara berkenaan.

Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari di laman facebook menulis selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahayanya bahan radioaktif.

“Kita perlu buat desakan supaya projek loji nadir bumi yang dibina di Gebeng, Kuantan, dihentikan segera,” katanya.

NONETambahnya, mahasiswa akan turun bersama rakyat Malaysia esok bagi menyatakan bantahan terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan.

Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan pelbagai acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan pantai Teluk Chempedak.

Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan masih bersikap membisu dan bertindak menagkap mereka yang berdemo.

Untuk pengetahuan umum dan berkongsi cerita

Anti-Lynas: Ratusan demo depan kedutaan Australia

www.tips-fb.com



GALERI FOTO
Ratusan orang berhimpun bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan yang dimiliki syarikat Lynas yang berpengkalan di Australia.

NONEMereka yang terdiri daripada anggota Pemuda PAS, PKR, Parti Sosialis Malaysia (PSM), NGO dan aktivis sosial itu mengadakan perhimpunan di hadapan pesuruhjaya tinggi Australia di Kuala Lumpur.

Sambil mengiringi enam wakil mereka untuk menghantar memorandum bantahan berhubung pembinaan pusat itu yang dikatakan akan mengeluarkan bahan radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar Gebeng di negeri itu.

Mereka juga membawa pelbagai sepanduk, poster dan kain rentang yang menuntut kerajaan supaya segera menghentikan projek berkenaan. Ia antaranya bertulis "Selamatkan Bumi, Hapuskan Radiasi" dan "Katakan tidak Pada Radiasi! Hentikan Lynas!".

NONEPenunjuk perasaan mula berkumpul di Masjid As Syakirin KLCC sebelum berarak menuju ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia yang terletak kira-kira 700 meter dari selepas solat Jumaat.

Sewaktu tiba di pada jam 2.15 petang mereka turut melaungkan "Hancur Lynas, Hidup Rakyat" berulang kali. 

Mereka kemudiannya disertai oleh ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, empat wakil NGO dan aktivis sosial sebelum memasuki perkarangan pejabat tersebut.

Turut hadir ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Naib Ketua Pemuda PKR Azmizam Zamanhuri, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan exco kerajaan Selangor Rodziah Ismail.

Sejurus mereka masuk, hujan turun dengan lebatnya, tetapi penyokong anti-Lynas tidak berganjak daripada tempat mereka berhimpun sambil menyanyikan 'Suara Rakyat' dan bertakbir.

Tikus makmal

Mereka dikawal lebih 50 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Malah kelihatan sebuah bas dan sebuah kereta meriam air diparkir di hadapan kedutaan itu.

NONEBeberapa siri penerangan yang dianjurkan kerajaan negeri Pahang di sekitar Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif.

Kerajaan pada 22 April lalu telah juga mengumumkan penubuhan satu panel bebas bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kilang itu.

Sebelum ini, ramai aktivis yang ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mengadakan demonstrasi di seluruh negara.

NONEBantahan hari ini diketuai pemimpin PAS Pahang Suhaimi Saad yang merupakan naib yang dipertua kawasan Indera Mahkota dan bekas ketua Pemuda Pahang.

Memulakan ucapannya, Suhaimi melaungkan "Kami bukan tikus makmal, Kami mahu Lynas undur" sambil ikuti oleh penyokong yang hadir di situ.

"Kita menolak industri daripada Lynas yang dibawa dari jarak 2,500 kilometer ke negeri Pahang. Kita tidak izinkan secubit tanah diberikan (kepada mereka) di negeri Pahang," katanya.

Katanya, sebelum ini Malaysia mempunyai 'sejarah hitam' yang menimpa penduduk di Bukit Merah, Perak dan rakyat perlu mempelajari daripada pengalaman tersebut.

Manakala Rodziah yang juga timbalan ketua Wanita PKR menegaskan kerajaan Selangor bersama-sama rakyat Pahang menentang habis-habisan pemprosesan nadir bumi di negeri Pahang.

41 syarat

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan Fuziah pula berkata pihaknya telah menyampaikan kebimbangan rakyat di Malaysia khususnya penduduk di Kuantan.

NONEKatanya, pembinaan tempat pemprosesan nadir bumi itu bukanlah satu amalan yang baik dilakukan di negera ini.

"Tidak ada kilang yang menjadi rujukan (dalam pembinaan pusat ini). Jadi kita tidak boleh buat sebarangan. Industri ini banyak mengundang bencana kepada semua. 

"Lynas ada tanah di Australia, tetapi kenapa tak dibuat di sana," katanya yang juga naib presiden PKR.

Fuziah mendakwa Lynas mengambil peluang beroperasi di negara ini disebabkan oleh "kelemahan undang-undang negara".

NONESedangkan, tambahnya, undang-undang di Australia sangat ketat dan mereka terpaksa mengikuti 41 syarat sebelum beroperasi. 

Memorandum tiga halaman yang diserahkan wakil pesuruhjaya tinggi Austaralia menyebut, rakyat Malaysia tidak yakin dengan jaminan bahawa Lynas Advanced Material Plant (LAMP) adalah selamat.

"Sekiranya ia adalah benar, sudah tentu negara kamu bersedia untuk menyimpan (hasil) industri itu ataupun sekurang-kurangnya mengambil balik baki (kimia thorium yang membunuh). 

"Tetapi negara kamu menolak untuk menerima semula baki (bahan kimia) itu," memorandum itu dipetik.


Untuk pengetahuan umum dan berkongsi cerita

Wednesday, March 9, 2011

BERMULA KEMBALI

www.tips-fb.com
Hidup ada epy ad cdeyh k.. so mcm mne pon kte kne tmpuh jgk..
mcm2 kte kne lalui =)
CINTA ??? agak mnrik jgk skolh rndh dlu tringn na ad mkwe neyh biase la bdk2 mse uh , hingus pon leleh lg.. haha ,tp xde pngalmn dlm cnte wktu skolh pon.. rugi btol ak xdpt rse kn , ak start bcnte pon lpz skolh... mcm2 ak lalui yg psti bnyk kcewe.. ntah knp pon ak xtw la.. tp yg psti CINTA skrg bkl mnjd cnte ak yg trakhr.. tp mst na knl dgn siapa ka akn bcnte kn3 ??? hehe.. klo korg tana tgk pon ak na tnjk jgk la.. haha .



 
Ha mniskn org yer cntek , ayu , mje pon ad :) nie la org yg ak pling syg... ak syg cgt2 dye bnyk bg ak ksih syg kt ak , skg ak milik dye n dye milik ak okeyy.. bnyk yg kami lalui tp kmi ttp tbah dlm mjge hbgn kami.. cnte hdup ak... na tw nme dye ke ?? nme NOR SHAFIQKA sdp kn nme dye org yer pyanyg cgt2 tgk nme pon da tw... seorg cgt mje :)
Untuk pengetahuan umum dan berkongsi cerita

 

aku punya ske © 2008. Design By: SkinCorner