
Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant yang sedang membina kilang pemprosesan nadir bumi di Geneng, Kuantan akan diadakan esok pada jam 2 petang.
Peserta dijadualkan berkumpul di KLCC dan kemudiannya berarak ke Pejabat Suruhanjaya Australia bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada pesuruhjaya tinggi negara berkenaan.
Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari di laman facebook menulis selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahayanya bahan radioaktif.
“Kita perlu buat desakan supaya projek loji nadir bumi yang dibina di Gebeng, Kuantan, dihentikan segera,” katanya.
Tambahnya, mahasiswa akan turun bersama rakyat Malaysia esok bagi menyatakan bantahan terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan.
Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan pelbagai acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan pantai Teluk Chempedak.
Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan masih bersikap membisu dan bertindak menagkap mereka yang berdemo.
Peserta dijadualkan berkumpul di KLCC dan kemudiannya berarak ke Pejabat Suruhanjaya Australia bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada pesuruhjaya tinggi negara berkenaan.Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari di laman facebook menulis selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahayanya bahan radioaktif.
“Kita perlu buat desakan supaya projek loji nadir bumi yang dibina di Gebeng, Kuantan, dihentikan segera,” katanya.
Tambahnya, mahasiswa akan turun bersama rakyat Malaysia esok bagi menyatakan bantahan terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan.Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan pelbagai acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan pantai Teluk Chempedak.
Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan masih bersikap membisu dan bertindak menagkap mereka yang berdemo.


Mereka yang terdiri daripada anggota Pemuda PAS, PKR, Parti Sosialis Malaysia (PSM), NGO dan aktivis sosial itu mengadakan perhimpunan di hadapan pesuruhjaya tinggi Australia di Kuala Lumpur.
Penunjuk perasaan mula berkumpul di Masjid As Syakirin KLCC sebelum berarak menuju ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia yang terletak kira-kira 700 meter dari selepas solat Jumaat.
Beberapa siri penerangan yang dianjurkan kerajaan negeri Pahang di sekitar Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif.
Bantahan hari ini diketuai pemimpin PAS Pahang Suhaimi Saad yang merupakan naib yang dipertua kawasan Indera Mahkota dan bekas ketua Pemuda Pahang.
Katanya, pembinaan tempat pemprosesan nadir bumi itu bukanlah satu amalan yang baik dilakukan di negera ini.
Sedangkan, tambahnya, undang-undang di Australia sangat ketat dan mereka terpaksa mengikuti 41 syarat sebelum beroperasi. 







